Manual Pengguna



Daftar Istilah

Istilah Keterangan
Nama Kejohanan Nama penuh kejohanan sukan yang akan diadakan.
Kod Kejohanan Singkatan untuk kejohanan yang akan diadakan. Contoh: Kejohanan Olahraga SMK Tabuan Jaya Tahun 2011 - SMKTJ2011.
Penganjur Nama organisasi/jawatankuasa/orang perseorangan yang menganjur kejohanan.
Negeri Negeri kejohanan diadakan.
Emel Alamat email penganjur - pastikan alamat emel yang sah. Sistem akan hantar pengesahan ke emel sebelum sistem mengaktifkan kejohanan.
Tarikh Mula Kejohanan Tarikh hari pertama kejohanan yang akan diadakan. Tarikh sentiasa boleh dikemaskini oleh Urusetia.
Tarikh Tutup Pendaftaran Sistem akan menutup proses pendaftaran peserta dan acara oleh Pengurus Pasukan apabila tiba tarikh yang telah ditetapkan. Tarikh sentiasa boleh dikemaskini oleh Urusetia.
Had Penyertaan Acara Individu Had penyertaan acara individu bagi sesebuah pasukan.
Had Penyertaan Acara Berpasukan Jumlah pasukan yang boleh didaftarkan untuk acara berpasukan bagi sesebuah pasukan/kontinjen.

Langkah Daftar Kejohanan Baru

  1. Klik pada menu Daftar Kejohanan.
  2. Taipkan maklumat yang diperlukan. Pastikan email yang didaftarkan boleh diakses.
  3. Klik butang Daftar Kejohanan.
  4. Semak email. Sistem akan menghantar maklumat pendaftaran ke alamat e-mel yang telah didaftarkan. *Kemungkinan email akan masuk ke SPAM.
  5. Klik pada pautan pengesahan email.
  6. Boleh mula login.

Daftar Istilah

Istilah Keterangan
Kod Pasukan Singkatan bagi pasukan yang akan bertanding. Digalakkan untuk menghadkan maksimum singkatan kepada 3 huruf/nombor. Bagi jumlah pasukan yang banyak, penggunaan nombor adalah lebih baik.
Warna Pasukan Warna dominan bagi pasukan yang akan bertanding.
Nama Pasukan Nama penuh bagi pasukan yang akan bertanding.
Jenis Pasukan Jenis sama ada Menengah atau Rendah bagi pasukan yang akan bertanding. Pungutan pingat/mata akan dipaparkan secara berasingan mengikut jenis pasukan jika terdapat dua jenis pasukan didaftarkan.
Kemaskini daftar pasukan yang akan bertanding.
Peserta & Acara Papar/Cetak senarai peserta bersama acara yang didaftarkan.
Cetak Details Papar/Cetak senarai peserta bersama maklumat lengkap.
Peserta Papar/Cetak senarai peserta.
Pegawai Papar/Cetak senarai pegawai.

Langkah Daftar Pasukan

  1. Klik pada menu Pasukan.
  2. Taipkan Kod Pasukan. Pilih Warna Pasukan. Taipkan Nama Pasukan. Pilih Jenis Pasukan.
  3. Klik butang Tambah Pasukan. Sistem akan jana dua (2) ID Pengguna bagi setiap pasukan yang didaftarkan - semak ID Pengguna di menu Tetapan > Penguna Sistem.

Daftar Istilah

Istilah Keterangan
Kod Kategori Singkatan bagi kategori yang akan dipertandingkan. Digalakkan untuk menghadkan maksimum singkatan kepada 4 huruf/nombor.
Nama Kategori Nama penuh kategori yang akan bertanding.
Jantina Sama ada Lelaki, Perempuan atau Campuran.
Jenis (*jika berkenaan) Sama ada Tiada, Terbuka atau Khas. Jenis Terbuka akan membolehkan mana-mana peserta didaftarkan acara tanpa mengira umur. Jenis Khas untuk pendaftaran peserta pendidikan khas.
Gabung Kiraan Pingat Pilih kategori bagi pengiraan pingat/mata bersama. Contoh: Kategori Lelaki Terbuka, Gabung Pingat kategori Lelaki 18 Tahun - maka pingat/mata terkumpul akan dikira di kategori Lelaki 18 Tahun.
Lahir Selepas/Pada Tetapan tarikh dikira bagi menentukan kategori seseorang peserta. Selalunya adalah pada 1 Januari. Contoh: 1.1.2011.
Lahir Sebelum/Pada Tetapan tarikh dikira bagi menentukan kategori seseorang peserta. Selalunya adalah pada 31 Disember. Contoh: 31.12.2013.
Had Individu Tetapan had penyertaan acara oleh seseorang peserta bagi acara individu.
Had Pasukan Tetapan had penyertaan acara oleh seseorang peserta bagi acara berpasukan.
Had Terbuka Tetapan had penyertaan acara oleh seseorang peserta bagi acara terbuka. (*jika perlu) Had ini merupakan tambahan bagi Had Individu atau Had Pasukan hanya terpakai untuk acara terbuka.

Langkah Daftar Kategori

  1. Klik pada menu Kategori.
  2. Taipkan Kategori (Singkatan). Taipkan Nama Kategori, Pilih Jantina. Tetapkan Tarikh Lahir Mula. Tetapkan Tarikh Lahir Tamat. Taipkan Had Individu. Taipkan Had berpasukan.
  3. Klik butang Tambah Kategori.

Contoh Tetapan Kategori:

Daftar Istilah

Istilah Keterangan
Sukan Pilih sukan yang berkaitan.
No. Acara Nombor rujukan acara yang akan dipertandingkan.
Nama Acara Nama penuh bagi acara yang akan dipertandingkan.
Kategori Kategori bagi acara yang dipertandingkan. Pastikan Kategori telah didaftarkan sebelum memasukkan acara. Rujuk .
Jenis Sama ada jenis individu atau berpasukan.
Peringkat Peringkat bagi acara yang akan dipertandingkan.

Akhir: Acara hanya dijalankan sekali; pingat/mata terus dikira.
Separuh Akhir: Pemilihan peserta yang layak ke peringkat akhir; pingat/mata tidak akan dikira.
Pusingan 1: Pemilihan peserta yang layak ke peringkat Separuh Akhir; pingat/mata tidak akan dikira.
Pusingan 2: Pemilihan peserta yang layak ke peringkat Pusingan 1; pingat/mata tidak akan dikira.
Combined Event: Peringkat bagi acara-acara gabungan seperti heptatlon/oktatlon/triathlon; pingat/mata tidak akan dikira.
Tarikh Tarikh acara akan dijalankan.
Masa Masa acara akan dijalankan.
Pendaftaran Ya: Membolehkan pendaftaran acara ini untuk peserta oleh Pengurus Pasukan.
Tidak: Tidak membenarkan pendaftaran acara ini untuk peserta oleh Pengurus Pasukan.
Acara Seterusnya Untuk acara peringkat Separuh Akhir, Pusingan 1 dan Pusingan 2.
Perlu Lorong Sama ada Ya atau Tidak. Acara trek balapan yang memerlukan penentuan lorong - pilih Ya.
Had Peserta Bilangan maksimum peserta yang dibenarkan untuk didaftarkan oleh sesebuah pasukan.
Had Peserta Simpanan Bilangan maksimum peserta simpanan yang dibenarkan untuk didaftarkan oleh sesebuah pasukan.
Rekod Kejohanan Rekod kejohanan bagi acara ini. Contoh: 2.34m, AHMAD ALBAB, 2011
Rekod Kejohanan Lain Rekod kejohanan yang ingin dirujuk bagi acara ini. Contoh: 2.74m, AHMAD ALBAB, 2011
Susunan Rekod Cara penyusunan rekod sama ada menaik atau menurun.
Pemarkahan Sama ada Ya atau Tidak.
Ya: Acara ini dikira dalam pingat/mata terkumpul.
Tidak: Acara ini tidak diambil kira dalam pingat/mata terkumpul.
Bilangan Lorong Bilangan fizikal lorong yang boleh digunapakai. Hanya terpakai untuk acara yang ditetapkan [Perlu Lorong=Ya].
Combined Events Nombor acara-acara gabungan yang telah didaftarkan dalam senarai acara dipisahkan menggunakan koma(,). Hanya perlu dimasukkan dalam acara gabungan peringkat akhir. Contoh: 102,108,201,211,302,307,322

Langkah Tetapan Acara peringkat Akhir

  1. Klik pada menu Acara > Daftar Acara
  2. Pilih jenis Sukan.
  3. Taipkan No. Acara, Nama Acara. Pilih Kategori, Jenis, Peringkat: Akhir.
  4. Tetapkan Tarikh, Masa. Pilih Pendaftaran, Perlu Lorong.
  5. Taipkan Had Peserta, Had Peserta Simpanan, Rekod Kejohanan, Rekod Kejohanan Lain.
  6. Pilih Susunan Rekod, Pemarkahan.
  7. Klik butang Tambah Acara.

Contoh tetapan acara peringkat akhir:

Contoh Tetapan Acara peringkat Separuh Akhir dan Akhir

No. Acara Nama Acara Jenis Peringkat Pendaftaran Acara Seterusnya Perlu Lorong Penerangan
100M Akhir 213 100M INDIVIDU AKHIR TIDAK - YA Dicadangkan untuk wujudkan acara akhir terlebih dahulu sebelum acara separuh akhir.
100M Separuh Akhir 102 100M INDIVIDU SEPARUH AKHIR YA 213 YA Hanya 1 acara separuh akhir perlu diwujudkan. Sistem akan jana saringan berdasarkan jumlah lorong dan peserta.
Contoh:
102 Saringan 1
102 Saringan 2
102 Saringan 3
... dan seterusnya

Contoh Tetapan Acara peringkat Pusingan 1, Separuh Akhir dan Akhir

No. Acara Nama Acara Jenis Peringkat Pendaftaran Acara Seterusnya Perlu Lorong Penerangan
100M Akhir 313 100M INDIVIDU AKHIR TIDAK - YA Dicadangkan untuk wujudkan acara akhir terlebih dahulu sebelum acara separuh akhir.
100M Separuh Akhir 202 100M INDIVIDU SEPARUH AKHIR TIDAK 313 YA Hanya 1 acara separuh akhir perlu diwujudkan. Sistem akan jana saringan berdasarkan jumlah lorong dan peserta.
Contoh:
202 Saringan 1
202 Saringan 2
202 Saringan 3
... dan seterusnya
100M Pusingan 1 104 100M INDIVIDU PUSINGAN 1 YA 202 YA Hanya 1 acara pusingan 1 perlu diwujudkan. Sistem akan jana saringan berdasarkan jumlah lorong dan peserta.
Contoh:
104 Saringan 1
104 Saringan 2
104 Saringan 3
... dan seterusnya

Contoh Tetapan Acara Gabungan (Combined Event)

OKTATLON No. Acara Nama Acara Jenis Peringkat Perlu Lorong Combined Events Penerangan
OKTA 1: 100M 103 100M INDIVIDU COMBINED EVENT YA
OKTA 2: LOMPAT JAUH 117 LOMPAT JAUH INDIVIDU COMBINED EVENT TIDAK
OKTA 3: MELONTAR PELURU 127 MELONTAR PELURU INDIVIDU COMBINED EVENT TIDAK
OKTA 4: 400M 143 400M INDIVIDU COMBINED EVENT YA
OKTA 5: 110M LARI BERPAGAR 209 110 LARI BERPAGAR INDIVIDU COMBINED EVENT YA
OKTA 6: LOMPAT TINGGI 216 LOMPAT TINGGI INDIVIDU COMBINED EVENT TIDAK
OKTA 7: MEREJAM LEMBING 228 MEREJAM LEMBING INDIVIDU COMBINED EVENT TIDAK
OKTA 8: 1500M 244 1500M INDIVIDU COMBINED EVENT TIDAK
OKTATLON OCT MELONTAR PELURU INDIVIDU AKHIR TIDAK 103,117,127,143,209,216,228,244 Acara ini diwujudkan bagi mengumpulkan mata keseluruhan dan pengiraan pingat.

Contoh senarai acara:

Langkah Import Acara Terdahulu

  1. Klik pada menu Acara > Import Acara Terdahulu.
  2. Taipkan nama kejohanan yang hendak diimport.
  3. Pilih nama kejohanan dari senarai.
  4. Klik butang Papar Acara.

  5. Bagi setiap tarikh acara, pilih tarikh baru.
  6. Klik butang Import Semua Acara.

  7. Kemaskini kategori bagi semua acara - berkemungkinan ada perbezaan kod kategori yang telah digunakan sebelumnya.

Daftar Istilah

Istilah Keterangan
Rekod Ruangan untuk merekodkan keputusan rasmi seseorang peserta.
Kedudukan Ruangan untuk merekodkan kedudukan rasmi seseorang peserta.
Kelayakan *acara Separuh Akhir/Pusingan 1/Pusingan 2
Pilih Layak bagi peserta yang terpilih untuk ke peringkat seterusnya.
Rekod Baru Pilih label bagi peserta mencatatkan rekod baru.
Kej.: Rekod Baru Kejohanan
MSSM: Rekod Baru Kejohanan dan melepasi rekod kejohanan MSSM
MSS ASEAN: Rekod Baru Kejohanan dan melepasi rekod Kejohanan Sekolah-sekolah Asean
SAMA: Menyamai rekod kejohanan
Confirm Tick () jika keputusan yang telah dimasukkan adalah tepat dan rasmi. Keputusan yang telah rasmi akan dipaparkan di laman keputusan.
Rekod Sort Bagi kejohanan yang menetapkan penentuan kelayakkan ke peringkat seterusnya adalah berdasarkan catatan masa. Rekod Sort boleh digunakan untuk menyusun semua peserta berdasarkan catatan masa.
Langkah:
  1. Tick () Rekod Sort.
  2. Klik butang Kemaskini. Sistem terus akan memaparkan senarai mengikut catatan masa.

Langkah merekodkan Keputusan

  1. Klik pada menu Keputusan.
  2. Pilih tarikh (jika perlu). Sistem akan memaparkan terus acara pada hari kejohanan.
  3. Klik pada nama acara atau Rekod.

  4. Taipkan keputusan di ruangan Rekod.
  5. Klik butang Kemaskini. Sistem akan susun nama peserta berdasarkan keputusan yang telah dimasukkan.
  6. Taipkan kedudukan di ruangan Kedudukan. Sila teliti keputusan, kemungkinan susunan tidak tepat.
  7. Klik butang Kemaskini. Sistem akan susun nama peserta berdasarkan kedudukan yang telah dimasukkan.

  8. *jika berkenaan. Pilih Layak di ruangan Kelayakan bagi peserta yang layak ke peringkat seterusnya.

  9. Jika keputusan telah tepat atau rasmi, tick Confirm dan klik butang Kemaskini.
  10. Klik butang Cetak Keputusan untuk mencetak keputusan rasmi (jika perlu).

Contoh merekodkan Keputusan:

Daftar Istilah

Istilah Keterangan
Kod Kejohanan Singkatan untuk kejohanan yang diadakan. Kod ini tidak boleh dikemaskini.
Nama Kejohanan Nama penuh kejohanan sukan yang diadakan.
Kod Laman Keputusan Kod akses laman keputusan. Laman keputusan bagi mana-mana kejohanan adalah http://smis.events/{Kod Kejohanan}.
Contoh: https://smis.events/SWK2018
Tarikh Mula Kejohanan Tarikh hari pertama kejohanan yang diadakan.
Tarikh Tutup Pendaftaran Tarikh tutup pendaftaran peserta dan acara.
Bahasa Pilih bahasa yang digunakan. *Masih dalam proses pembangunan*
Email Email penganjur yang telah didaftarkan. Tidak boleh dikemaskini.
Penganjur Nama organisasi/jawatankuasa/orang perseorangan yang menganjur kejohanan.
Negeri Negeri kejohanan diadakan.
No. Telefon Helpline Nombor telefon jawatankuasa/urusetia yang boleh dihubungi bagi sebarang masalah semasa pendaftaran. Nombor telefon akan dipaparkan setiap kali pada pop-up semasa Pengurus Pasukan login.
Sumbangan Jumlah nilai sumbangan yang telah diberikan.
Tarikh Sumbangan Tarikh sumbangan yang telah diberikan.
Nama Pembayar Nama penuh pembayar yang telah memberikan sumbangan.
Kaedah Sumbangan Kaedah pemberian sumbangan yang telah digunakan.
Pemarkahan Kedudukan Sama *Hanya terpakai jika Pemarkahan telah ditetapkan. Sama ada Markah dibahagi atau Markah kekal.
Markah dibahagi: Hasil tambah markah akan dibahagi. Contoh: Tempat 3: 7 mata, Tempat 4: 6 mata; Kedua-dua peserta diletakkan di kedudukan ke-3; maka, (7+6) ÷ 2 = 6.5 mata.
Markah kekal: Mata adalah seperti yang telah ditetapkan di Pemarkahan mengikut kedudukan yang telah dimasukkan.
Kedudukan Tertinggi Keputusan Tetapan kedudukan tertinggi yang dipaparkan di paparan bagi Pingat. Maksimum adalah kedudukan ke-10.
Had Penyertaan Acara Individu Had penyertaan acara individu bagi sesebuah pasukan.
Had Penyertaan Acara Berpasukan Jumlah pasukan yang boleh didaftarkan untuk acara berpasukan bagi sesebuah pasukan/kontinjen.
URL Enable Paparan URL di Keputusan bagi kejohanan yang dilaksanakan menggunakan pautan video kemahiran.

Langkah Tetapan Kejohanan


Contoh Tetapan Kejohanan:

Daftar Istilah

Istilah Keterangan
Kedudukan Kedudukan yang akan dikira mata. Sistem boleh membuat pengiraan mata sehingga kedudukan ke-10.
Mata Tetapan mata yang dikira bagi kedudukan yang telah ditetapkan.
Jenis Sama ada Individu atau Berpasukan.

Langkah Tetapan Mata

  1. Klik pada menu Tetapan > Pemarkahan.
  2. Taipkan nombor kedudukan.
  3. Taipkan mata bagi kedudukan yang berkenaan.
  4. Pilih jenis Individu atau Berpasukan.
  5. Klik butang Kemaskini.

Contoh Tetapan Mata:

Daftar Istilah

Istilah Keterangan
Nama Penuh Pengguna Nama penuh pengguna sistem yang ingin ditambah bagi kejohanan ini.
ID Pengguna ID pengguna sistem yang ingin ditambah bagi kejohanan ini. ID pengguna akan mempunyai prefix dan tidak boleh diubah.
Cetak Butang Cetak ini akan memaparkan senarai pengguna termasuk Nama Penuh, ID Pengguna dan Kata Laluan untuk edaran.
Active Status Active bermaksud pengguna ini diberi kebenaran untuk login sistem.
Klik pada butang Active akan menukar status pengguna kepada Locked.
Locked Status Locked bermaksud pengguna ini disekat untuk login sistem.
Klik pada butang Locked akan menukar status pengguna kepada Active.
Reset Klik butang Reset untuk reset kata laluan pengguna berkenaan kepada Default Password: 34SMIS5678.
Delete Klik butang Delete untuk menghapuskan pengguna sistem berkenaan. Tiada amaran bagi fungsi ini.

Langkah Tambah Pengguna Baru

  1. Klik pada menu Tetapan > Pengguna Sistem.
  2. Taipkan nama penuh pengguna.
  3. Taipkan id pengguna. ID pengguna akan mempunyai prefix dan tidak boleh diubah.
  4. Klik butang Tambah Pengguna.

Contoh Paparan Pengguna Sistem:

Langkah Menetapkan Akses bagi Pengguna Baru

  1. Klik pada Nama Penuh pengguna yang ingin ditetapkan.
  2. Pilih Jenis Akses.
    • Pengurus Pasukan - akses terhad kepada pasukan yang ditetapkan sahaja
    • Urusetia - akses tidak terhad
    • Hakim - akses terhad kepada modul Keputusan, Pingat, Terbaik ikut Kategori
  3. Bagi pilihan Pengurus Pasukan, pilih pasukan yang berkenaan.
  4. Klik butang Tambah Akses.

  5. *jika perlu -
  6. Klik Delete di bahagian Tindakan bagi menghapuskan akses yang berkenaan.

Contoh Penetapan Akses Pengguna Sistem:

Daftar Istilah

Istilah Keterangan
Kedudukan Kedudukan yang akan dikira mata. Sistem boleh membuat pengiraan mata sehingga kedudukan ke-10.
Mata Tetapan mata yang dikira bagi kedudukan yang telah ditetapkan.
Jenis Sama ada Individu atau Berpasukan.

Langkah Kemaskini Templat Sijil Peserta

  1. Klik pada menu Tetapan > Templat Sijil Peserta.
  2. Taipkan nombor kedudukan.
  3. Taipkan mata bagi kedudukan yang berkenaan.
  4. Pilih jenis Individu atau Berpasukan.
  5. Klik butang Kemaskini.

Langkah Cetak Sijil Peserta

  1. Klik pada menu Cetak > Sijil Penyertaan.
  2. Taipkan nombor kedudukan.
  3. Taipkan mata bagi kedudukan yang berkenaan.
  4. Pilih jenis Individu atau Berpasukan.
  5. Klik butang Kemaskini.